Monday, September 17, 2007

Mencari cari kenangan yang hilang..

Malam ini seperti malam malam lain jua..
Waktu aku akan tidur..

Ketika hujan turun ke atas rumahku..
Engkaulah yang mengetuk di pintu..

Selepas hujan turun..
Titik embun berkilau..

Kepada jendela kaca..
Pagi berpeluk dingin..

Masih lelapkah engkau kekasihku..
Ketika semalam aku mencumbuimu..

Sebagai kerlip-kerlip bintang malam hari..
Mencinta seperti air kepada biru samudra..

Mencinta seperti tanah kepada hijau pohon..
Mencintalah seperti alam raya..

Selapang udara yang kau hirup..
Dan sebersih percik mata air..

Aku bersumpah..
Akanku mencapai ke langit..

Akanku berkolek di dada laut..
Akanku mencabar kekuasaan neraka..

Demi mencari bayanganmu..
Demi mencium baumu..

Demi menikmati kehadiranmu..
Akanku sumpah..

Jikalau dinda pergi..
Akanku menyusul dinda..

Menginjak atas tanah yang sama..
Bernafas udara yang sama..

Sama sama menikmati suasana merdu pagi..
Menikmati sanubari malam yang dingin..

Tak mungkin mentari akan terus sembuyi dariku..
Tiada gunung yang akan menjadi kubumu..

Tiada pelepak Rajawali yang membayangimu..
Cintaku tak akan hilang..

Cintaku seumur hidup..
Cintaku hakikatku..


Cintaku..

Serahlah padamu..