Wednesday, September 19, 2007

Maafkan saya

salahkah jika ibu dodoikan..
tidurkan anak di atas pangkuan..

salah dan silap hamba lakukan..
ampun maaf hamba pohonkan..


badang kuat bertubuh sasa..
mencabar dia eloklah berjaga..

tersilap kata tersasar bahasa..
kesalahan hamba maafkan juga..


bulan mengambang bintang berkelipan..
pungguk merindu amat merawan..

andai menyinggung juga melukakan..
kupohon maaf darimu kawan..


cekap bersenjata datuk panglima..
gagah, berani juga perkasa..

andai dikau tak dapat menerima..
mohon dimaafkan segala dosa..


di tepi sungai berenang-renang..
tebarkan jala tangkap gelama..

jangan disebut jangan dikenang..
lupakan sahaja sengketa lama..


puteri bersiram tepi perigi..
mencedok air berhati-hati..

izinkan hamba berlalu pergi..
jangan ada dendam di hati..


Maafkanlah kawan ini..
Maafkanlah segala dosa dosa yang hamba lakukan..
Peluang emas yang diberi..
Akan hamba kenang kenangkan..