Thursday, September 20, 2007

Mengapa Blog ini dalam Bahasa Malaysia

Demi menyambut Hari kemerdekaan yang ke 50, saya telah mengambil keputusan untuk memblog dalam Bahasa Malaysia selama 1 bulan.. Harap maklum semua..

Disini ialah satu deklamasi kesetiaan saya terhadap negaraku, Malaysia..

Merdeka..
Merdeka..
Merdeka..


Tiga kali dijerit..
Tiga kali dilayang..
Tiga kali diumum..

Merdekakah kita??
Merdekakah kita??
Merdekakah kita??

Soalan genting..
Soalan rumit..
Soalan susah..

50 tahun bebas..
50 tahun berdikari..
50 tahun berhikmah..

Adakah kita benar benar merdeka??
Adakah kita benar benar berjaya??
Adakah kita benar benar bersatu??

Rakyat 3 kaum..
Pakaian 3 jenis..
Bahasa 3 longat..

Bila Dicantumkan..
Bila disatukan..
Bila diamalgamasikan..

Negaraku berjaya..
Negaraku bebas..
Negaraku aman dan damai..

Tetapi..

Merdekakah kita??
Merdekakah kita??
Merdekakah kita??

Fikirlah..
Fikirlah..
Fikirlah..


Demi masa depan kita..
Demi anak cucu kita..
Demi Tuhan yang maha esa..